"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Saturday, April 2, 2011

... Hati ku_Hati itu ...

Saat ini air mata jadi peneman..

Sesuatu datang mengguris perasaan..

Hati ku remuk..

Luluh..

Di bawah jagaan- Mu Ya Tuhan..

Oh Tuhan..

Ingin sahaja ku mengikut kata-kata itu..

Menunjuk rajuk yang tiada kesudahan..

Namun ku takut tersalah jalan..

Kaki melangkah menuju musnah..

Duhai hati..

Aku ingin sampaikan pesan..

Aku bukan malaikat menjelma insan..

Sungguh hina di bumi Tuhan..

Aku punya seribu impian..

Namun kekurangan tak dapat ku halang..

Aku membuat hati itu kelam..

Menitis air mata kerana ku Ya Tuhan..

Aku tidak meminta diri dijulang..

Dunia itu bukan di depan..

Yang ku tuju pada-Mu Ya Rahman..

Dunia sekadar tempat persinggahan..

Buat aku cari bekalan..

Oh Tuhan..

Hati ini pilu..

Sayu menikam kalbuku..

Oh Ya Rahman..

Hati keliru..

Namun ku tetap pegang yang satu..

Redha –Mu adalah matlamatku..

Walau ku sendiri kekadang tak tahu..

Untuk-Mu atau kerana ciptaan-Mu..

Namun hati hanya ada Engkau..

Maka tak pernah henti aku belajar..

Menjadi insan solehah demi-Mu..

Wahai Tuhan ku yang Satu..


`~Tinta _Emas~’

Friday, April 1, 2011

Allah Tahu_Saya tak tahu

Bismillah..

Bermula la kisah...

Suatu ketika yang lalu..

Daku teringat..

Sebelum masuk je dewan periksa, pasti akan terdengar..

‘ All the best’

‘Good luck’

‘Semoga dipermudahkan’

‘Jawab elok-elok tau’

‘Tawakal, kita dah usaha’

Dan macam-macam lagilah ucapan yang diterima.. ^_^

Yang paling ‘cool’..

‘Kalau awak terlupa,

awk bayangkan wajah saya. Pasti akan ingat semula’ (sambil ketawa)

Herm, lucu pun ada.. kurang asam pun ada.. macam-macam rasa ada .. :p

Tapi yang paling kurang saya nak dengar ..

‘Good luck’

Erm.. rasa macam kurang senang bila mendengarnya.

Kenapa?

Pernah seseorang berkata kepada saya,

“Dalam kehidupan kita ini tiada istilah ‘nasib baik’ kerana segalanya telah ditetapkan oleh Allah.”

Ala.. lebih kurang macam;

‘si dia bawa malang kepada keluarga kita dan si dia bawa tuah kepada keluarga kita.’

Salah tak?

Ya, salah..

……………………………………………….

Erm… maksudnya, apabila kita dapat yang ‘duka’ kita perlu ucap innalillah hiwainnnalillahi rojiun, dari-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali. kerana segalanya hanyalah pinjaman. dan ucapkan Alhamdulillah kerana ada orang yang lebih ‘duka’ dari kita. Sehendaknya kita mohonlah diberikan kesabaran dalam menempuhinya kerana hanya Allah yang lebih mengetahui mengapa ‘duka’ itu datang berkunjung.(^_^)

Dan..

Apabila kita mendapat suka, ucaplah alhamdulillah kerana diberi nikmat itu oleh Allah dan berdoalah agar nikmat itu tidak menjadikan kita semakin jauh dari-Nya. Kita mesti selalu ingat bahawa hanya Allah yang tahu mengapa ‘suka’ itu datang kepada kita.

Maka kita hanya mampu berusaha dan apabila hasilnya tiba semoga hati kita redha..

Dan sesungguhnya..

Yang terbaik adalah kembali kepada Allah.

Lantaran;

‘pena telah terangkat, tinta telah kering’.

Segalanya telah tertulis di dalam lauh mahfuz. Hanya hati yang dekat dengan Allah akan sentiasa cuba memahami dan mengenali erti sabar,redha dan tawakal dalam menempuh setiap ketentuan itu.

Yakinilah.. dan ketahuilah

Sukar bagi hati yang lalai dan alpa untuk cuba memahaminya..

Contoh mudah, mengikut kajian (disampaikan oleh Dato’ Dr. Fadhilah Khamsah) majoriti (tak ingat peratus) pasangan yang bercerai tidak menunaikan solat.

Jelas ke?

Macam ni…

Bahagia itu Dia yang bagi, duka itu juga Dia yang bagi. Maka yang terbaik adalah kembali kepada-Nya. Mengapa kita tergamak memohon ‘bahagia’ sedangkan kita tidak menghargai dan mencintai pemilik segala ‘bahagia’ itu.

Mari kita sama-sama bermuhasabah diri… -_-

………………………………………….

Kenapa yerk saya bercakap soal ini?

Oh ya!

Tiba-tiba saya terfikir apakah ketika telah meningkat dewasa, saya akan terus bersabar apabila berdepan dengan sesuatu yang boleh buat saya jadi hilang sabar. :P

Contohnya…

Ibu bapa kita..

Ya saya mencintai dan menyayangi mereka. Dulu, kini dan selamanya. insyaAllah..

Dan suatu ketika..

Saya selalu merasa sedih apabila melihat ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak mereka dan pada masa yang sama saya bermohon agar saya tidak melakukan perkara yang sama kepada kedua ibu bapa saya.

Tapi..

Apa jaminannya saya tak akan mengikut resmi ‘si tanggang’? huhu.. saya tak pasti. Jalan masih panjang dan berliku. T_T

Jika bercakap di saat dan ketika ini, memanglah saya rasa saya mampu. Namun saya sendiri tidak tahu adakah bila waktunya telah tiba saya akan mampu menjaga mereka dengan sabar dan penuh kasih sayang.

Saya risau tatkala saya sedang penat ada yang datang menggugatkan maka saya risau saya jadi hilang sabar. Naudzubillah. Moga penjaga hati ini akan bantu saya.

Maka, saya terpaksa kembali kepada Allah kerana hanya Dia yang tahu apa yang ada di depan sana.

Dan saya juga yakin dengan apa yang saya ketahui dan lihat dengan mata saya ini, dimana seorang anak yang soleh/solehah serta menjaga hubungan baik dengan Allah akan mampu memberikan penjagaan yang ikhlas dan penuh kasih sayang kepada ibu bapa mereka dan juga orang lain.

Kenapa?

Lantaran dia mengikut apa yang Allah perintahkan.

Dan yakinilah bahawa setiap hukum dan perintah yang Allah minta kita lakukan adalah untuk kebaikan kita. Segala kebaikan akan kembali kepada kita.

Dan….

Saya hanya mampu katakana pada keluarga tersayang (via sms jer);

“ Selagi diri ini mencintai Allah, maka cintaku pada keluarga tersayang takkan pernah berubah.”

Kerana saya tak tahu apa yang ada di depan sana, hanya Allah tempat saya boleh bergantung harap.

………………………………………

Saya perlu bermuhasabah diri ini..

Sikap cepat marah yang ada pada diri ini sewaktu ketika dulu menjadikan saya seorang adik yang suka membuat perangai, seorang kakak yang suka naik tangan tidak tentu pasal dan seorang anak yang tidak pandai menghargai kasih seorang ibu dan ayah.

Namun apabila islam itu hadir dalam kehidupan ini, saya mula menyakini bahawa hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah saya akan mampu menjadi seorang anak yang solehah, menyayangi ibu dan ayah tanpa bersyarat, menjadi seorang adik yang penyayang dan menjadi seorang ‘kakak’ kepada si adik.

Dan kini, saya pula yang dibuli si adik kerana katanya ;

“sekarang ini, adik suka pukul akak. Nak balas dendam”

Apakah? >_<;

Saya redha, cuba memahami dan sentiasa cuba memperbaiki.. :P

Sesungguhnya demi memastikan saya akan menjadi seorang anak yang solehah yang mampu menjaga ibu ayah apabila mereka telah tua dengan penuh sabar dan ikhlas hanya kerana Allah, tidak menjadikan kerja sebagai alasan, suami sebagai halangan…

Maka …

saya perlu terus berdamping dengan Allah, bermohon agar saya tidak mengikut resmi ‘si tangga’ yang sanggup melukakan hati seorang insan yang telah melahirkan dan membesarkan.

Dan saya masih berusaha dan belajar untuk sentiasa dekat dengan Allah..

Amin Ya Rahman… -_-

~Doakan_Moga Allah redha~

Sunday, March 20, 2011

Maha Agung

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi ini, mata ku sangat bertuah kerana masih diberi peluang dapat melihat rembulan yang cantik di gigi langit.

Pagi ini, telinga ku sungguh bertuah kerana masih diberi peluang untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat Allah serta azan subuh yang sayup-sayup kedengaran dari kejauhan sana.

dan

Sehingga saat ini, diri ku memanjatkan syukur kepada illahi kerana masih diberi keizinan meminjam segala milik-Nya agar diri akan dapat terus beribadah kepada-Mu Ya Rabb. Amin Ya Rahman…

………………………………………………………………………..

Entah mengapa pagi ini, bahu ku terasa berat dengan ujian yang datang menduka. Air mata yang mengalir atas izin Mu Ya Allah menjadi pereda keresahan di hati ini. Namun keredhaan di hati, ku mohon sentiasa Engkau berikan. Lantaran kadang-kadang ku tak pernah mengerti dan hanya sekadar terus mangajarkan si hati agar meyakini serta meresapi setiap tanda kasih dan cinta titipan Illahi.

…………………………………………………….

Apabila di saat musibah melanda insan di muka bumi ini, sering ku terdengar aluan indah teralun di bibir itu..

‘Ya Allah’

‘Allahu Akhbar’

‘MasyaAllah’

‘Subhanallah’

Dan ada yang lebih indah

.. Alhamdulillah..

Ia alun indah oleh si hati yang masih mensyukuri kerana si hati itu sentiasa menyedari setiap ujian diberi setimpal dengan kemampuan iman yang bersemadi.

………………………………………

Cuba si hati, bermusahabah diri.. fikirkan saat musibah berat melanda diri.. sehingga air mata bukan lagi pereda dan insan di muka bumi tiada yang mampu menjadi tempat bergantung.. maka pada saat itu, hanya Allah yang ada di hati..adakah kau akui??

Cuba kau renungkan. Di saat kau mendapat berita segala yang kau ada, Dia ambil kembali.. kalimat apa yang kau tuturkan?? Adakah kau akui kini??

…………………….

Maka..

Si hati, sedarlah.. hanya Allah tempat bergantung yang abadi..

Walau sekadar kalimat ‘Allahu akhbar’ yang bergema di bibir, namun terasa ada sedikit kekuatan mengalir di dalam diri..

Itulah kasih Allah, Tuhan seluruh alam yang Maha Agung…

Sehingga yang tidak mengimani, turut mengucapkan ‘Oh my God’..

maka ia terbukti..

setiap hati memerlukan Tuhan sebagai tempat bergantung tika diri hanya mampu menduga, tidak punya kuasa tentang apa yang bakal dia tempuhi..

……

Semoga setiap hati itu dan terutama hati ini yang ada dalam pengetahuan-Mu, terus kekal dalam Redha dan Kasih-Mu ya Illahi..

Tuesday, March 1, 2011

Tauladan

Alhamdulillah wa allahuakhbar....

Tiba-tiba teringat Rasulullah SAW..
Kasihnya.. akhlaknya.. dan seluruh kehidupan baginda adalah indah belaka..

Kata Sainditina Aisyah, akhlak Rasulullah adalah Al-Quran..
Maka, baginda ibarat Al-Quran yang bergerak (kata akhwat)...

Suatu ketika di saat baginda masih hidup..
Baginda sering memberi makan kepada seorang makcik tua yang buta..
Baginda menyuapkan makanan dengan tangannya yang suci itu..
Dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..

Namun pada masa yang sama..
Makcik itu sering mengutuk-ngutuk Rasulullah..
Kerana Nabi bawa ajaran baru yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang..
Dalam pada masa yang sama dia tidak mengetahui bahawa Rasulullah ada bersama denganya..

Rasulullah hanya mendengar dan terus melayannya dengan baik..
Penuh kelembutan dan kasih sayang tanpa ada perasaan benci dihatinya...

...............................................................................

Setelah baginda wafat..
Para sahabat tetap meneruskan apa yang dilakukan ketika baginda masih hidup..
Salah satunya adalah memberi makan kepada makcik tersebut..

Ketika seorang sahabat menyuapkan makanan kepada makcik itu..
Tiba-tiba makcik itu bersuara..

" Engkau bukan orang yang selalu memberi aku makan."

MasyaAllah...
Tanpa perlu melihat, makcik tersebut dapat membezakannya..
Suapan yang penuh kasih sayang dan kelembutan dari Rasulullah amat terkesan di hatinya..

Selepas kejadian itu, barulah makcik tersebut tahu bahawa orang yang seriang memberinya makan sebelum ini adalah Rasulullah SAW, insan yang sering dia caci.

................................................



Subhanallah..
Indahnya akhlak Rasulullah..

ingin sangat, saya menjadi seperti itu..

tiada benci di hati..

harmoni yang bersemadi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...