Herm!
Patutnya bila je dapat tahu namaku tiada dalam senarai orang-orang yang dapat biasiswa, tanpa perlu membuang masa pergi berlari sekuat hati dan cari bangunan paling tinggi yang ada di Malaysia ini dan naik tingkat paling tinggi yang ada. Lepas tu jerit kuat-kuat;
“KENAPA SAYA TAK DAPAT BIASISWA !!!!”..
Lepas tu??
“Allah pun turunkan wahyu, mengatakan nama saya tersenarai dalam orang-orang yang dapat biasiswa..”
Macam tu ker???
Usahlah mengarut…
Apa yang saya dapat adalah sakit tekak dan buang masa…
Sesungguhnya rezeki, ajal, jodoh dan baik,buruk kita telah tertulis dalam lauh manfuz ..
Astaghfirullah…
……………………………………………….
Suatu ketika tadi…
Jujur saya katakan, jauh di sudut hati ini terasa pilu apabila seorang sahabat memegang bahuku sambil berkata “khatijah, awak silap isi borang kot. Awak tak dapat” tanpa berpaling melihat wajahku (mungkin tak sanggup).. dan kata-kata itu keluar selepas dia mengatakan bahawa “kita semua dapat”.. rupanya, ‘kita’ itu tidak termasuk diri ini..
Silap diri ini juga kerana meletak harapan pada kata-kata itu…
Bukan sedih pasal tak termasuk dalam’kita’ tu.. tapi nak katakan betapa saya telah meletakkan sedikit harapan kepada yang belum pasti.. Aduhai, diriku insan biasa yang tak sunyi dari membuat kesilapan… Astaghfirullah…
Semenjak dari awal lagi saya telah cuba mendidik hati ini agar tidak meletakkan harapan pada sesuatu yang belum pasti dan sedaya upaya mengajar hati ini agar berserah segalanya kepada Iilahi… Namun saya ini ‘annas’ (insan)…
Teringat zaman sekolah menengah dulu,tanpa isi borang dan bersusah payah seperti orang lain saya tetap dapat biasiswa kerana di saat-saat akhir cikgu mendapati terdapat satu kekosongan dan saya yang ketika itu rapat dengan penolong ketua pelajar telah diberi tawaran itu. Kata orang rezeki jangan ditolak, maka berlakulah seperti yang anda fikirkan. ^_^
Itu lah, kalau dah rezeki kita tak kira dalam apa jua cara, dengan izin Allah kita akan dapat jugak.
……………………………………………………
Sedih...
Kerana ia…
Terpesong dari harapanku…
Ya, harapan saya adalah untuk berjaya memiliki biasiswa itu, lepas itu dapatlah saya mengurangkan beban hutang yang saya ada, lepas tu duit yang ada boleh disimpan untuk sesuatu perkara dan indahnya setiap perjalanan jika saya pemilik biasiswa itu..
Herm, semuanya nampak baik bagi saya…
Tapi kenapa ya, saya boleh terlupa bahawa yang Maha Mengetahui itu adalah Allah, yang Maha Bijaksana itu adalah Allah dan...
kenapa saya boleh mengatakan perancangan saya itu terbaik untuk diri saya..??
Aduh alpa dan sering ‘terlupa’ bila meletakkan dunia di hati ini.. Astaghfirullah..
“…… Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
- Al-Baqarah:216 -
Kita rasa itu yang terbaik untuk kita, namun hakikatnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sering memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita hajatkan. Dengan itu mari kita belajar untuk bersangka baik kepada Allah, dan cuba menyakini bahawa aturan Allah adalah yang terbaik…
………………………………………………………………..
Lidah yang tidak bertulang, mudah menutur kata-kata..
Ya, memang mudah mulut menutur kata-kata kerana lidah itu tidak bertulang namun hati yang menerima hanya Allah yang lebih mengetahui..
Dan saya juga akui untuk bersabar menunggu hikmah yang berada di depan adalah suatu kesukaran..
Ya, saya mengerti..
Namun , kita semua telah sedia maklum “Syurga itu dipagari dengan ujian”..
Jika tidak sukar dimana erti sebuah perjuangan…
……………………………………………………………...
“Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa”
–Al-an’am:44-
Dan ingatlah setiap nikmat yang diberi adalah ujian buat kita.. Allah pernah berkata dalam Al-Quran, dimana Allah mampu menjadikan semua manusia sama sahaja namun Allah ingin melihat siapa di antara kita adalah orang yang bertaqwa..
Dan…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
- Al-Baqarah:286-
Maka jika nikmat itu adalah ujian maka yang menerima adalah selayaknya.. kerana ujian itu untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah..
Maka ucapkanlah ‘Alhamdulillah’ dan berdoalah agar nikmat itu tidak menjadikan kita semakin jauh daripada Allah… amin..
“ Sebelum muncul pelangi yang indah, hujan akan turun dahulu dan kadang-kadang guruh juga akan kedengaran. Maka bersabar itu perlu.”
p/s : Menurut neraca illahi, saya lebih baik berada di sana... "memberi apa yang diperlukan"
No comments:
Post a Comment