Assalamualaikum...
Bismillah hirrahman nirrahim..
Bila tengok jer gambar di sebelah tu teringat pula kepada pembentangan Psikologi hari tu; "mereka sering bertanya pada diri mereke 'siapa diri mereka' dan 'apa peranan mereka', itulah diri remaja yang sering tercari-cari identiti sendiri. Semoga remaja di luar sana dan di sini berjaya melalui fasa ini dan tidak akan mengalami masalah 'kecelaruan Identiti".
Ok, dah tamat kisah Psikologi.. ^_-
Coretan kali ini saya ingin membawa kalian mencungkil satu rahsia di sebalik sebuah 'persoalan'. Cewah!! Rasa gempak pulak bunyinya, mengalahkan Karam Singh Walia (betul ke ejaan ni?).
Baiklah, sebenarnya saya tiba-tiba terfikir dimana tak semua orang berani untuk bangun dan bertanya, meluahkan kemusykilan yang ada dalam dirinya (tanya masa duduk pun boleh yerk). Setuju tak dengan apa yang saya katakan?
Boleh dikatakan kebanyakan di antara kita sanggup membiarkan persoalan itu terbuku dalam dirinya, terus membekukan diri dan sambil mengharap dalam hati agar ada insan lain yang bertanyakan soalan yang sama.
Erm, ada sesetengah dari kita mempunyai sikap yang perlu kita sama-sama contohi iaitu apabila ada saja kemusykilan di hatinya, dia akan terus mengangkat tangan dan bertanya.
Pernah tak dengar kata-kata ini :
" Apabila kita mengangkat tangan dan bertanyakan soalan, kita akan kelihatan bodoh pada saat itu namun jika kita tidak mengangkat tangan dan terus mendiamkan diri, kita akan bodoh untuk selamanya".
p/s: Maaf, agak kasar perkataan 'bodoh' itu.
Maka, jadilah orang yang suka bertanya demi mencari kebenaran.
"Apa beza kita mencintai seseorang kerana Allah dan bukan kerana Allah?"
Sungguh terharu hati ini apabila bibir comel itu mengutarakan persoalan tersebut. Hati bergetar lalu disambut dengan 'Subhanallah', hati itu sungguh mulus untuk mengejar keredhaan Allah. Alhamdulillah. ^_^
Lalu akal mula berfikir, hati mula menafsir dan iman mula merayu memohon agar diberi petunjuk dalam setiap bait perkataan.
Sesungguhnya apabila kita mencintai seseorang itu kerana Allah, kita akan sentiasa pastikan setiap tindakan kita tidak akan membuat Allah marah, setiap tindakan kita tidak melanggar hukum Allah dan setiap patah lafaz kita hanya kerana Allah. Sekiranya kita rasa tindakan kita itu melanggar hukum Allah dan boleh membuat Allah murka maka cinta itu bukan kerana Allah.
"Saya pernah terbaca ; apabila kita mencintai Allah, maka Allah akan tanam rasa cinta itu pada makhluk lain terhadap kita. Macamana itu? "
MasyaAllah, suci sungguh niatnya untuk mencari cinta yang diredhai Allah. Ya, benar. Apabila kita mencintai Allah, maka akan wujud rasa cinta dalam diri orang di sekeliling kita terhadap diri kita kerana kita mencintai pemilik CINTA. ^_^ insyaAllah... janji Allah itu pasti.
"Akak, ada lelaki muslim tu kata, saya adalah tulang rusuknya. Saya sumber kekuatan dia"
Alhamdulillah, masih sudi untuk berkongsi agar kita sama-sama mencari sedikit pencerahan.
Baiklah adik ku sayang, biasalah dunia sekarang, manis dengan kata-kata. macam ayat ni ;
"(setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka."
-An-Nisa':120-
Aduhai malangnya diri kita jika kita bersikap sama seperti setan laknatullah itu.
Cuba kita fikir dalam-dalam, segala yang ada di muka bumi ini milik Allah. Ujian-ujian yang datang juga dari Allah, maka kekuatan itu juga dari Allah. Maka nampak sangatlah mamat tu salah pengertian.
Manusia itu kan tak kekal,maka jika manusia adalah sumber kekuatan kita dan bila dia pergi maka hilanglah kekuatan itu. Malangnya diri kita. Maka jika kekuatan kita itu bergantung sepenuhnya kepada Allah, maka bergembiralah kita kerana Allah itu Maha Kekal.
Kesimpulanya, ayat-ayat manis yang kurang pengertian tu perlu diabaikan. Ingat wahai wanita, mana mungkin kayu yang bengkok dapat melahirkan bayang-bayang yang lurus. Hanya kayu yang lurus akan dapat melahirkan bayang-bayang yang lurus, begitulah yang seeloknya.
"Pertemuan Kerana ALLAH"
Ringkasnya, jika sebuah penyatuan dua hati itu hanya kerana Allah bukan kerana dunia dan nafsu, insyaAllah rumah tangga itu akan penuh barakah. Semua perkara menjadi cukup mudah, kerana segalanya akan kembali kepada Allah. Walau sebesar mana musibah yang menimpa si suami dan isteri yang taat kepada Allah akan kembali kepada fitrahnya iaitu menyerah diri kepada Allah. InsyaAllah, pengakhirannya akan lebih manis.
insyaAllah,sebagai peringatan buat diri ini..
No comments:
Post a Comment