Alhamdulillah... dengan lafaz bismillah cerita pada kali ini bermula.
Astaghfirullah... Alhamdulillah... Allahu akhbar..
dengan hanya meletakkan hiasan mutiara-mutiara indah wahima dengan seluruh kekayaan dunia pun ia tetap tidak dapat menggambarkan tentang betapa manisnya nikmat islam dan iman.....
Alhamdulillah....
kali ini terdetik hati untuk bercerita sedikit tentang sesuatu yang membuatkan hati ini mula berfikir dengan lebih mendalam dan semoga ia dipandu dengan iman...ameen..
kisah bermula di sebuah masjid di Shah Alam.. iaitu lokasi usrah kami pada minggu ini.. dan buat pengetahuan semua bahawa ini juga pertama kali kaki ini melangkah ke masjid yang sungguh indah itu.. so sweet. Alhamdulillah..
........................................................................................................
nak dijadikan cerita semasa berada di sana saya terlihat dua orang warga asing beragama islam bersama anak-anak mereka.. mungkin orang Rusia atau Arab..
gembira melihat mereka kerana saat itu benar-benar terasa diri ini tidak sendirian..
hati ini rasa tercuit apabila melihat anak kecil berlari dengan gembiranya di kawasan solat wanita manakala si ibu pula bertungkus lumus cuba mengawal mereka.. he2, sama-sama aktif... :)
dan
apabila tiba waktu solat... si ibu mempersiapkan diri untuk menunaikan solat.. saf dirapatkan dan hati dipersiap untuk menyerah diri kepada Allah..
namun si kecil pula masih berlari-lari dengan gembiranya tanpa rasa risau tentang apa jua.. dan selepas berkata sesuatu kepada si anak, si ibu mula khusyuk menunaikan solat...
aduhai terasa kagum dengan kesabaran seorang ibu dalam mendidk anak..
hati lebih berbunga-bunga apabila dapat melihat suatu kejadian yang selama ini hanya saya dapat baca dalam buku sejarah islam dimana saya melihat si ibu terus mencapai si kecil yang datang kepadanya dan digendong si kecilitu dan solatnya masih dilakukan seperti biasa tanpa perlu berhenti.. itulah kelebihan agama islam, ia tidak membebankan kita ...
hati rasa tersentuh...
sabarnya si ibu.. apa tidaknya, digendong si kecil tetapi si abang pula membuat onar.. dimana kekhusyukan dapat dicari..
sekarang baru saya faham apa yang dikatakan oleh seorang sister sutau ketika dulu, berkahwin banyak dugaan.. dahulu solat tidak diganggu, tetapi sekarang susah untuk solat dalam keadaan yang tenang.. (muhasabah diri)
dan kejadian ini hanya berlaku kepada muslim yang mengetahui tentang kewajipan melakukan solat dalam apa jua keadaaan. Namun jika dilihat di sekeliling kita, kebanyakan muslim tidak menunaikan solat dengan memberikan alasan-alasan yang terlalu simple. Sedangkan jika kita lumpuh pun kita masih diwajibkan menunaikan solat dan islam tidak kejam dimana pelbagai keringanan diberi kepada kita.
Tak mampu berdiri boleh duduk, tak mampu duduk boleh berbaring dan seterusnya. Apa yang penting kita perlu menjadi muslim yang berilmu agar tidak merasa terbeban dengan sesuatu yang bukanlah beban.Wahima tengah berperang pun kita tetap wajib menunaikan solat, kerana ia adalah sumber kekuatan kita : )
berbalik kepada cerita si ibu tadi, saya terfikir betapa sukarnya tugas seorang ibu.. kita perlu menjaga dan mendidik si anak agar dia menjadi indan yang soleh wa solehah dan yang paling berat adalah amanah dalam mendidik si anak... seorang ibu ada berkata:
" apabila kita merasai kesakitan ketika melahirkan anak maka kita perlu bersedia untuk merasa sakit selamanya"
kenapa???
kita perlu bersedia merasa sakit ketika membesar dan mendidik si anak sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir..
bersedia???
wallahua'lam...
"(n_n)"
p/s : ramai kwn2 dah kawen, diri ini terkena auranya namun jodoh, maut, rezeki, dan baik buruk itu ketentuan illahi. Semoga kita menjadi hamba yang berserah diri dan redha. apa2 pun i will always make a preparation..
No comments:
Post a Comment